Ekonomi negara akan kembali disegani

Iklan
Dr Dzulkefly

SHAH ALAM - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa kembali ekonomi Malaysia ke arah yang lebih disegani oleh negara lain, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebagai tokoh Islam yang disegani masyarakat antarabangsa, beliau berkata, Anwar merupakan individu yang mampu membawa harapan baharu dalam agenda melawan dan membanteras amalan rasuah, nepotisme, salah guna kuasa serta kleptokrasi.

Iklan
Iklan

Dzulkefly berkata, segala dugaan yang dilalui Anwar menerusi jatuh bangun perjuangannya selama 24 tahun lalu telah menjadikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai insan yang berjiwa waja, cekal dan tabah untuk mengharungi segala cabaran akan datang.

"Ayuh bersama kita mendoakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus diberi taufik dan hidayah ALLAH, untuk terus memimpin negara tercinta ini.

Iklan

"Dengan berkat doa dan sokongan kalian, serta pasukan kabinet perpaduan yang bakal dibentuk, Malaysia akan kembali bersinar dan bermaruah di mata dunia.

"Malaysia amat berhajatkan tokoh dan pemimpin reformasi ini buat memacu reformasi atau 'islah' yang tulen dan sebenarnya,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Iklan