England gagal lebar rentak kemenangan

Iklan
Kane (kiri) ketika diasak pemain AS semasa perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto EPA

FINALIS Euro 2020, England gagal melebarkan rentak kemenangan apabila sekadar terikat tanpa jaringan 0-0 ketika berdepan Amerika Syarikat (AS) dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor pada Sabtu.

Skuad kendalian Gareth Southgate yang mengekalkan barisan sama ketika berpesta gol menewaskan Iran, 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 21 November lalu, ternyata gagal menghadirkan impak positif berdepan barisan muda The Yanks.

Iklan
Iklan

Sebaliknya AS yang diikat Wales 1-1 di Stadium Ahmad bin Ali pada 22 November lalu lebih bersistematik dan berdisiplin di bawah kendalian Gregg Berhalter dalam misi memburu slot 16 terbaik Qatar 2022 kali ini.

Kemenangan luar biasa 6-2 ke atas Iran sebelum ini menyaksikan The Three Lions pimpinan Southgate sekali lagi menjadi sandaran para penyokong England untuk menghasilkan keputusan positif berdepan pasukan muda AS.

Iklan

Namun sebaliknya yang berlaku apabila AS yang dijanakan bintang kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea, Christian Pulisic tampil lebih agresif hampir mengulangi pencapaian edisi Piala Dunia 1950 ketika berdepan lawan sama.

Percubaan Pulisic pada babak pertama yang menerjah palang antara beberapa peluang awal AS bagi memimpin perlawanan dalam tempoh 45 minit, ketika England baru memulakan aksi pada gear dua.

Iklan

Sementara itu, Kapten England, Harry Kane pula berjaya dihadkan pergerakan menjaringkan gol biarpun percubaan Mason Mount pada separuh masa pertama hampir memberikan bayangan gol pasukan.

Biarpun Southgate membawa masuk pemain tengah berpengalaman Jordan Henderson dan Jack Grealish yang lebih kreatif, namun masih gagal memberi kesan kepada permainan The Three Lions.

Keputusan itu menyaksikan England kekal memimpin kumpulan dengan empat mata untuk berada di landasan terbaik mara ke slot 16 terbaik.

Sementara itu, AS, yang seri dengan Wales mengumpul dua mata akan menentang Iran pada perlawanan terakhir yang hanya kemenangan boleh membawa The Yanks ke pusingan 16 terbaik.