BAGI memastikan aksi final Piala Malaysia 2022 berlangsung dengan lancar, petugas Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) mengambil langkah proaktif menggunakan kanvas bagi menutup permukaan padang stadium tersebut.
Tindakan itu bertepatan susulan hujan kira-kira jam 2.50 petang yang berkemungkinan mengakibatkan padang rosak dan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk melangsungkan aksi final yang menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, setakat ini, tidak dipastikan sama ada kanvas tersebut dimiliki Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau dipinjamkan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ismail Sultan Ibrahim seperti yang pernah dilakukannya pada perlawanan akhir Piala FA 2022 sebelum ini.
Sebagai rekod, padang SNBJ rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini sekali gus menyebabkan tindakan drastik dilakukan PSM untuk memperbaikinya.
Malah, situasi terbabit turut mengundang pelbagai kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak perlu berhadapan masalah berkenaan hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung.