Pakai capal, Anwar tidak langgar etika pemakaian

Iklan
Penampilan Anwar yang berbaju Melayu lengkap songkok dan samping berserta capal ketika melaporkan diri di Perdana Putra bagi memulakan tugas Perdana Menteri pada Jumaat. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai capal ketika melaporkan diri di Perdana Putra bagi memulakan tugas kali pertama pada Jumaat, tidak menyalahi mana-mana etika pemakaian.

Perkara itu berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985.

Iklan
Iklan

Para 2.1.6 menyatakan, capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

Jelas pada Jumaat, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengenakan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

Iklan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985, pada para 2.1.6 menyatakan capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

Justeru, tiada sebarang pelanggaran peraturan berlaku.

Pemakaian Anwar menimbulkan pertikaian warganet yang menganggap Perdana Menteri ke-10 itu terlalu santai dengan hanya berselipar dan dilihat tidak formal untuk acara rasmi.

Iklan

Bagaimanapun terdapat pihak yang membidas pertikaian tersebut dengan menyatakan ia bukanlah selipar biasa tetapi capal yang dibolehkan untuk dipakai bersama pakaian kebangsaan.