TMJ berkenan terima menghadap PM

Iklan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Menerusi ciapan di Twitter HRH Crown Prince of Johor, baginda turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut, namun lokasinya tidak dimaklumkan.

Iklan
Iklan

Pertemuan itu turut disertai Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Iklan

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, hari ini. Allah Peliharakan Sultan," titah baginda.

Iklan

Pada Khamis, Tunku Ismail menerusi hantaran di Twitter, turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.