Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam

Iklan
Soleh turut diberikan 'kad pekerja' untuk mengesahkan ia adalah staf Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong.- Foto: Agensi

JAKARTA - Seekor kucing 'dilantik' sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.

Berdasarkan ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat Jenderal (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, haiwan digelar Soleh itu turut diberikan 'kad pekerja'.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.

Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai 'kakitangan' di pejabat berkenaan.

Iklan

Antara 'tugas' diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.

"Soleh sering dilihat melakukan 'tugasnya' di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai 'pelatih ahli meow'," jelas ciapan itu lagi secara berseloroh. - Agensi

Iklan