Jumlah OKU berdaftar JKM masih rendah

Iklan
Dr Wan Azizah (kanan) menandatangani plak sempena majlis perasmian Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, hari ini.

KUANTAN - Hanya seramai 513, 519 orang atau 1.58 peratus OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 31 Disember 2018.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah terbabit terlalu rendah jika dibandingkan dengan sasaran 15 peratus OKU yang perlu berdaftar di sesebuah negara seperti yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan populasi negara yang lebih kurang seramai 32.4 juta, dianggarkan 4.86 juta daripadanya adalah golongan OKU.

"Jika berdasarkan anggaran oleh WHO, masih ramai lagi golongan OKU di negara ini yang belum berdaftar dengan JKM.

Iklan

"Justeru, saya menyeru semua individu OKU dan penjaga OKU yang masih belum mendaftar diri sendiri atau anak-anak OKU di bawah jagaan mereka untuk mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang, hari ini.

Beliau berkata, tujuan pendaftaran itu bukan untuk mendapat bantuan kewangan dan kebajikan sahaja.

Iklan

Katanya, sebaliknya untuk integriti data bagi memastikan keberadaan dan keperluan OKU.

Dalam itu, Dr Wan Azizah berkata, sehingga Januari, sebanyak 60.6 juta peruntukan akan diberikan kepada 175,156 OKU untuk skim bantuan elaun pekerja cacat (EPC), bantuan pesakit terlantar (BPT) dan bantuan OKU tidak bekerja (BTB) di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, bagi negeri Pahang, sebanyak RM3,711,400 kepada 11,002 OKU untuk skim bantuan sama.