Lapan maut tanah runtuh kepulauan Itali

Iklan
Sebuah kereta rosak teruk dihanyutkan lumpur di pulau Ischia, Itali. - AFP

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

ROME - Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas hujan lebat menyebabkan tanah tuntuh di pulau Ischia, Itali.

Media tempatan melaporkan aliran lumpur meranapkan bukit di bandar Casamicciola Terme dan menenggelam sebuah rumah dan kereta ke laut.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan maut akibat tanah runtuh di Ischia," kata Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini.

Pada awalnya, laporan menyatakan 13 orang dilaporkan hilang, walaupun tidak pengesahan rasmi.

Iklan

Antara yang maut membabitkan sebuah keluarga termasuk suami isteri dan seorang bayi baru lahir yang tinggal berhampiran kejadian tanah runtuh.

Jabatan bomba berkata, sebuah rumah ditenggelami lumpur dan dua orang berjaya diselamatkan dari sebuah kereta yang dihanyutkan ke laut. - AFP

Iklan