SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan agensi terlibat pada Ahad bagi membincangkan perkara berkaitan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.
Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Tambun itu menekankan keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
Terdahulu Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) memulakan tugas secara rasmi pada Jumaat di Bangunan Perdana Putra selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.