RAWALPINDI - Bekas Presiden Pakistan, Imran Khan memberitahu puluhan ribu penyokongnya bahawa beliau akan berjuang 'sehingga titisan darah terakhir' semasa menyampaikan ucapan pertama selepas ditembak dalam cubaan membunuhnya pada awal bulan ini.
Perhimpunan berlangsung pada Sabtu itu dianggap kemuncak 'perarakan panjang' oleh Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) bagi menekan kerajaan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum penggal Parlimen yang tamat pada Oktober depan.