PRU15: Isu air, infrastruktur di Tioman keutamaan calon PH

Iklan
Mohd Fadzli (tengah) bersama dengan masyarakat di DUN Tioman ketika mengadakan kempen PRU15 pada Ahad.

KUANTAN - Isu air, infrastruktur dan masalah tanah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menjadi keutamaan bagi calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu, Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Beliau mempertaruhkan dirinya sebagai anak jati di kawasan itu untuk lebih memahami isu-isu setempat selepas mendapat pelbagai rungutan sepanjang hampir empat hari berkempen.

Iklan
Iklan

"Jadi, saya akan berikan tumpuan untuk selesai masalah asas seperti infrastruktur ini kerana banyak kawasan perkampungan yang terjejas,jika dipilih menjadi wakil rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli juga mahu menambah baik infrastruktur yang sedia ada bagi kemudahan rakyat seperti pasar dan pusat kesihatan dengan mewujudkan rawatan berpakar tetap di Hospital Rompin.

Iklan

Selain itu, menurutnya, beberapa kemudahan asas yang berimpak tinggi akan dipertingkatkan antaranya jalan antara kampung di Pulau Tioman secara berperingkat, kemudahan kepada peniaga kecil-kecilan dan mutu jalan yang bermasalah.

"Semua perkara ini perlu ditambah baik bagi memastikan keselesaan rakyat di kawasan DUN Rompin," ujar beliau lagi.

Iklan

Keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 dan lapan kerusi dimenangi PH.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRU15 bagi DUN Tioman yang ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lalu, diadakan pada 7 Disember ini, Mohd Fadzli mencabar calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan tiga lagi dari calon PN, Nor Idayu Hashim, Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.