Sampah-sarap berselerakan

Iklan

Sampah-sarap terutamanya botol plastik berselerakan di pesisiran pantai Persiaran Gurney di sini.

Seorang nelayan, Zainol Ariff Azahar, 61, sanggup mengutip sampah di pesisiran pantai berkenaan sejauh enam kilometer bagi memastikan kawasan persekitaran itu bersih.

Iklan
Iklan

Menurut Zainol, beliau melakukan aktiviti pembersihan di kawasan berkenaan selepas mencari rezeki di tengah laut setiap hari.

Tambahnya lagi, pada musim tengkujuh banyak sampah-sarap terutama botol-botol plastik terapung di pesisiran pantai berkenaan.

Iklan

Katanya, pada musim hujan beliau mengutip sampah-sarap sehingga mencecah 60 beg plastik sampah berbanding pada hari biasa dalam 10 beg plastik sampah.

Iklan