Tiada cuti khas pada hari pengundian Parlimen Padang Serai
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, 7 Disember ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Disember ini bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada hari Rabu.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M Karupaiya pada 16 November lepas.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru yang melibatkan calon Pakatan Harapan, Bersatu, Barisan Nasional, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Warisan dan seorang calon Bebas, namun Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding. - Bernama
Iklan
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam