GRS, Warisan sokong Kerajaan Perpaduan: Anwar

Iklan
Anwar turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menzahirkan sokongan penuh terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Menurut Anwar, seluruh anggota kepimpinan parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Hajiji juga mendukung perkara sama.

Iklan
Iklan

"Menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat petang ini.

"Saya tentunya mengalu-alukan dan menghargai dukungan tersebut demi kepentingan kerajaan negeri dan kesejahteraan buat rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial susulan berlangsungnya pertemuan berkenaan di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, pada Ahad.

Kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan delegasi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Ahad

Iklan

Sementara itu, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya mengalu-alukan komitmen beliau dan Warisan yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat Sabah,"katanya.

Iklan

Hajiji Noor dilapor menegaskan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat sebarang tuntutan kepada Anwar.

Beliau sebaliknya menyatakan, sokongan perlu diberikan kepada Anwar dalam menerajui Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.