Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, 7 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, PPS itu sebelum ini menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

Iklan
Iklan

"Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

PPS itu beroperasi sejak 2 November lepas akibat limpahan Sungai Muar yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air. - Bernama

Iklan
Iklan