England perlu manfaatkan potensi Foden

Iklan
Foden. - Foto Agensi

PHIL Foden akan menyinar di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 jika diberi peluang untuk berbuat demikian, menurut rakan sepasukan England dan Manchester City, Kalvin Phillips.

Phillips yang terlepas aksi di Qatar 2022 baru-baru ini berikutan pulih daripada pembedahan bahu percaya Foden akan memanfaatkan peluang sekiranya pemain tersebut membarisi kesebelasan utama skuad Gareth Southgate.

Iklan
Iklan

"Saya percaya apabila diberi peluang, dia akan bersinar dan Foden hanya menunggu peluang itu.

"Dia tahu jelas sekali persaingan akan menjadi sengit untuk masuk ke dalam pasukan utama selepas kami bermain dengan begitu baik jadi dia hanya menunggu masa sesuai dan apabila itu tiba saya fikir dia akan mula lebih tinggi,” katanya.

Iklan

Untuk rekod Southgate memilih formasi 4-3-3 dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan - keputusan seri menentang Amerika Syarikat dan kemenangan pembukaan 6-2 ke atas Iran yang menyaksikan Foden dimasukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun, Phillips merasakan Foden akan melakukan tugasan terbaiknya dalam baki perlawanan

Iklan

"Jelas sekali dia seorang yang memiliki bakat sukar dipercayai, secara teknikalnya sukar dipercayai dan sebaliknya perlu bekerja lebih keras.

"Peranan terbaik Foden mungkin sebagai pemain nombor 10 – saya fikir dalam peranan itu di mana dia boleh mendapatkan bola dan melakukan apa sahaja yang dia mahu lakukan.

"Lihat apabila dia mengatasi pemain lain dan bagaimana bantuan serta gol diperoleh tahun ini, dia adalah ancaman sebenar kepada pesaing di Qatar 2022," katanya.

England yang mendahului kumpulan dengan empat mata satu mata mengatasi Iran akan melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan berdepan Wales di Stadium Ahmed bin Ali, pada 30 November ini.