Lebih 1,880 penerbangan di AS ditunda pada Ahad

Iklan
Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda pada Ahad berikutan cuaca buruk. (Gambar hiasan) - Foto Bernama

WASHINGTON - Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda pada Ahad berikutan cuaca buruk.

Data FlightAware menunjukkan sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda sehingga petang Ahad manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbang keluar dan masuk, menurut United Press International (UPI).

Iklan
Iklan

Ahad selepas perayaan Thanksgiving menjadi satu daripada hari paling sibuk dalam setahun.

Terdapat 2,268,189 pengembara mendaftar masuk ke pusat pemeriksaan Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan pada Sabtu, lebih ramai berbanding 2019 dan sebelum pandemik Covid-19.

Iklan

Sistem cuaca meramalkan bahawa ribut sedang bergerak dari wilayah Sungai Mississippi ke timur laut hingga Ahad, mencetuskan hujan lebat dan angin kencang.

"...rancang perjalanan lebih awal dan tiba lebih awal jika anda melancong semasa tempoh percutian #Thanksgiving,” kata pegawai Lapangan Terbang LaGuardia di New York City menerusi Twitter.

Iklan

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan dijangkakan terdapat 46,790 penerbangan pada Ahad. - Bernama