Piala Dunia: Kekacauan meletus di Belgium, Belanda

Iklan
Rusuhan yang meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia. - Foto AP

RUSUHAN meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api, di beberapa kawasan lain ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.

Iklan
Iklan

Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.

Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.

Iklan

Kira-kira 5,00 peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.

Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal. - Bernama

Iklan