Penyokong luah amarah di Brussels

Iklan
Pandangan di jalan raya Brussels selepas perlawanan Qatar 2022, Belgium menentang Maghribi di Stadium Al Thumama di Doha, Qatar. -Foto: EPA

KEKALAHAN mengejut Belgium kepada Maghribi dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Ahad mengundang amarah dalam kalangan penyokong The Red Devils yang kemudiannya melancarkan rusuhan di negara itu

Tewas 0-2, skuad kendalian Roberto Martínez yang memulakan kempen sebelum ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kanada pada 24 November lalu menyaksikan rusuhan di jalan-jalan Brussels dengan gambar dan video menunjukkan kereta dirempuh serta terbalikkan dan kebakaran.

Iklan
Iklan

Jaringan pada babak kedua, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal membolehkan Maghribi berada di kedudukan teratas dengan empat mata dalam Kumpulan F, satu mata mengatasi Belgium.

Beberapa penyokong Belgium di Brussels, turun ke jalan bagi menyatakan kekecewaan terhadap prestasi pasukan dengan merosakkan kereta dan harta benda awam selain api turut dinyalakan di jalan raya di ibu kota Belgium.

Iklan

Insiden di ibu kota Belgium yang menyaksikan polis rusuhan dikerahkan mengawal keadaan dalam keputusan yang meletakkan skuad Martinez di ambang penyingkiran awal peringkat kumpulan di Qatar 2022.

Edisi Qatar 2022 dilihat pentas terakhir ‘generasi emas’ untuk merebut trofi utama pertama Belgium, bermula langkah kanan selepas penyerang kelab Super Lig Turki Fenerbahçe, Michy Batsuayi menghadiahkan pasukannya tiga mata pertama.

Iklan

Namun itu pun selepas penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan sepakan penalti pada awalnya dalam perlawanan dilabelkan persembahan taktikal terburuk pasukan Martinez oleh pemerhati sukan.

Para penyokong Belgium yang mengikuti perlawanan kedua peringkat kumpulan itu menyifatkan ia satu lagi persembahan mengecewakan dengan Courtois menjadi punca untuk gol pertama Maghribi.

Keputusan itu menyaksikan Belgium akan memasuki perlawanan terakhir di peringkat kumpulan menentang Croatia dan secara realistiknya memerlukan kemenangan jika berhasrat mara ke peringkat kalah mati.