Sidang DUN Johor bermula Khamis ini

Iklan
Persidangan DUN Johor dijadualkan bermula Khamis ini, dengan pembentangan Bajet Johor 2023. - Foto Pejabat Menteri Besar Johor

JOHOR BAHRU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadualkan berlangsung selama seminggu bermula Khamis ini dengan pembentangan Bajet Johor 2023.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, notis permakluman kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai persidangan dewan juga sudah dihantar.

Iklan
Iklan

"Ia akan diikuti dengan sesi soal jawab dan perbahasan pada Ahad sehingga Selasa depan manakala sesi penggulungan setiap portfolio pula bermula Rabu dan Khamis.

"Sidang DUN Johor akan diakhiri dengan sesi penggulungan Belanjawan Johor 2023 oleh Menteri Besar pada 11 Disember," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Pembentangan Bajet Johor 2023 akan menjadi tumpuan kerana ia adalah pertama kali akan dibentangkan Onn Hafiz.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu, BN berjaya menang 40 daripada 56 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti dua pertiga.

Iklan

Sementara Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga; manakala PKR dan Muda masing-masing satu kerusi.