KUALA LUMPUR - Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.
Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.
Iklan
Iklan
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.
"Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.
Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.
Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara. - Bernama
Artikel Berkaitan