KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada Isnin.
Kementerian Kewangan (MOF) menafikan kesahihan informasi berhubung empat bantuan kerajaan iaitu Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar, Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Satu Keluarga RM900 dan Program Bantuan Makanan MyKasih seperti yang tular di media sosial.