Anwar disaran tumpu tugas sebagai Perdana Menteri

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran untuk menumpukan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri tanpa memegang jawatan kabinet lain di bawahnya terutama melibatkan portfolio Kementerian Kewangan.

Pengerusi Yayasan Antirasuah Malaysia (Kelantan), Muhamad Nizam Ismail berpendapat, tindakan tersebut dapat mengelakkan persepsi negatif orang ramai jika Perdana Menteri turut mengendalikan kementerian berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah tersebut juga sekali gus dapat menguatkan nilai integriti dalam kerajaan yang ditadbir Anwar.

"Lantiklah mereka yang mempunyai autoriti dalam bidang kementerian itu, berdasarkan meritnya selama berkhidmat di perkhidmatan awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Muhamad Nizam

Sebelum ini, Anwar memaklumkan tidak menolak kemungkinan memegang portfolio Menteri Kewangan untuk mengecilkan saiz kabinet di bawah pentadbirannya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberitahu, beliau perlu meneliti segala kemungkinan dalam mempertimbangkan dan memutuskan pelantikan anggota kabinet.

Iklan

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub turut berpandangan, jawatan Menteri Kewangan merupakan satu jawatan yang kritikal dan wajar diserahkan kepada individu lain agar meringankan beban tugas Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Muhamad Nizam berkata, beliau mengharapkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar stabil sehingga tamat penggal.

"Pimpinan dalam kerajaan pun kena terbuka sebab kita perlukan kestabilan negara sekarang ini,”katanya.