Portugal ikut jejak Brazil, Perancis

Iklan
Fernandes menyumbang dua gol Portugal ketika menewaskan Uruguay dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail. Foto: EPA

DUA gol separuh masa kedua daripada Bruno Fernandes memacu Portugal penuh bergaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, menyertai juara dunia Perancis dan prospek juara Brazil.

Portugal mengesahkan kemaraan selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas sensasi Amerika Selatan, Uruguay dalam perlawanan kedua Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail.

Iklan
Iklan

Fernandes yang juga bintang sensasi kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United menjaringkan gol pertama yang berpunca hantaran silang pada mulanya ditujukan kepada Cristiano Ronaldo, pada minit ke-54.

Kemudian Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan minit ke-93', untuk meletakkan skuad Portugal ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan.

Iklan

Portugal yang sebelum ini menguasai sebahagian besar penguasaan bola dan mendominasi kebanyakan perlawanan Kumpulan H di Lusail, namun bergelut untuk mencipta peluang sehingga separuh masa kedua dalam aksi menyaksikan Uruguay kelihatan kurang bertenaga dan kurang berinisiatif.

Untuk rekod ini kali ketiga di Piala Dunia, Portugal memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan berturut-turut dan dua kali sebelumnya memacu pasukan Eropah itu ke separuh akhir.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Uruguay berbaki satu perlawanan terakhir menentang Ghana, yang mengekalkan pasukan Afrika tersebut dalam saingan apabila menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan Kumpulan H sebelumnya.