Najib terkilan dua stesen ECRL dihapuskan

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terkilan kerana kerajaan PH mengumumkan untuk menghapuskan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Gombak dan Bentong.

Katanya, salah satu matlamat projek tersebut pada zaman BN adalah untuk memendekkan masa perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu kurang empat jam berbanding purata tujuh jam melalui jalan raya biasa.

Iklan
Iklan

"Jajaran ECRL asal perlu merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Bentong ke Gombak. Bahagian ini yang menelan kos tinggi kerana banyak jambatan dan terowong perlu dibina termasuk terowong terpanjang di Malaysia iaitu 18 kilometer untuk menembusi banjaran itu.

"Kos untuk satu terowong ini sahaja hampir RM10 bilion dan antara bahagian termahal dalam projek ECRL masa BN. Tetapi ia perlu bagi mencapai matlamat supaya warga ibu kota boleh gunakan ECRL untuk terus ke Pantai Timur dengan masa tersingkat,” katanya menerusi Facebook.

Iklan

Najib berkata, selepas ini, stesen ECRL terdekat ke Kuala Lumpur adalah di Bangi dan Purajaya.

"Ini bermakna penduduk Kuala Lumpur perlu menghala ke selatan sebelum menaiki ECRL di Bangi atau Putrajaya untuk ke utara. Oleh itu, masa perjalanan yang sebelumnya kurang 4 jam akan naik lebih daripada 5 jam,” katanya.

Iklan