YB jangan beri surat sokongan kepada yang tidak layak

Iklan
Masidi (kiri) pada sidang DUN Sabah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Wakil rakyat diminta supaya tidak memberi surat sokongan kepada keluarga yang tidak layak menetap di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pasukan petugas khas telah dibentuk untuk mengambil tindakan kepada individu yang didapati tidak layak menetap di PPR untuk dikeluarkan dari rumah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tetapi ada orang lain yang lebih memerlukan tempat itu daripada mereka. Jadi saya minta wakil rakyat kalau ada rakan yang minta sokongan supaya terus tinggal di PPR, tolong jangan bagi surat sokongan. Yang layak, layak, yang tidak, tidak," tegasnya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Darell Leiking (Warisan-Moyog) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Selasa.

Darell dalam soalan tambahannya meminta pihak berkuasa membuat semakan terhadap rumah PPR Kibabaig yang didakwa telah disewakan dan ramai pemohon yang memerlukan telah ditolak permohonan untuk menetap di rumah berkenaan.

Iklan

Masidi dalam pada itu tidak menafikan bahawa perkara itu banyak berlaku di PPR di tempat lain selain PPR Kibabaig.

"Betullah apa yang dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, PPR ini sepatutnya untuk keluarga dari B40 atau berpendapatan rendah.

Iklan

"Sebenarnya ini bukan suatu perkara yang berlaku di PPR Kibabaig saja, tetapi ada juga berlaku di tempat lain. Kita telah membentuk pasukan petugas untuk membuat pemeriksaan kepada semua PPR bagi memastikan mereka yang layak saja yang duduk di situ," katanya.