PENGENDALI Tite dan bintang Brazil yang cedera, Neymar memuji Casemiro sebagai pemain tengah terbaik di dunia selepas pemain itu menjana keupayaan skuad Samba ke fasa 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.
Jaringan pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu pada minit ke-83 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan G di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa, yang menyaksikan kemenangan kedua Brazil selepas mengharungi dua perlawanan.
Neymar yang ternyata gembira dengan kemenangan itu berkata di Tweet selepas perlawanan:"Casemiro bintang Brazil telah menjadi pemain tengah terbaik dunia untuk masa yang lama.”
Pasukan dari Amerika Selatan itu sebelum ini menyingkap saingan dengan mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan di Stadium Lusail pada 25 November lalu.
Skuad Samba bakal melabuh kempen berdepan pasukan benua Afrika, Cameroon berdepan Cameroon di Stadium Lusail pada 3 Disember.
Sementara itu, semasa sidang akhbar selepas perlawanannya jika dia bersetuju dengan respon Neymar, Tite berkata:"Sebagai kebiasaan, saya sentiasa menghormati pendapat dan saya biasanya tidak mengulas pendapat, tetapi saya akan membenarkan diri saya berbuat demikian hari ini. Saya setuju."
Tanpa kelibat Neymar yang mengalami kecederaan, Brazil bergelut untuk menjinakkan Switzerland di Stadium 974 sebelum Casemiro melengkapkan sentuhan gandingan Vinicius Jr dan Rodrygo untuk gol tunggal perlawanan seterusnya menghantar Brazil ke perlawanan terakhir kumpulan menentang Cameroon.
Ditanya mengenai ketiadaan Neymar, Tito berkata:"Jelas sekali dia mempunyai kemahiran yang berbeza. Dia seorang pemain yang dalam momen ajaib boleh menggelecek melepasi anda dan tiba-tiba, anda berkata, ‘Apa yang berlaku di sini?’ Dia mempunyai kemahiran itu tidak seperti pemain lain.
"Pemain Brazil lain sedang berusaha untuk ke sana bagi mencapai tahap yang dimiliki Neymar, dan saya harap mereka sampai ke sana.
"Ya, kami merindui Neymar, kami merinduinya. Dia mempunyai kuasa kreatif yang besar berimpak tinggi, dia sangat berkesan jadi kami merinduinya, ya."
Casemiro, yang menyertai Manchester United dari gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid pada musim panas ini, menegaskan Brazil berada di landasan yang lebih baik untuk melakukan cabaran serius bagi mencatatkan kegemilangan berbanding empat tahun lalu, apabila ditewaskan Belgium dalam pusingan lapan terbaik.
"Tidak kira apa pun gol yang dijaringkan, saya fikir ia sangat penting untuk membantu pasukan, apabila kita menang, kita semua menang bersama, apabila kita kalah, kita semua kalah bersama-sama.
"Empat tahun telah berlalu, ada pemain baharu. Tahun ini kami mempunyai pilihan yang lebih luas, kami mempunyai lebih ramai pemain untuk dipilih menggalas harapan rakyat Brazil.
"Tanpa menukar pasukan pun, kami mempunyai kemungkinan untuk mengubah cara kami bermain. Jika kami menggantikan pemain, kami mempunyai lebih banyak pilihan. Oleh itu, tidak ada keraguan sama sekali bahawa pilihan itu jauh lebih fantastik daripada pilihan pada 2018," katanya.