Rumah hampir musnah gara-gara mesin basuh terbakar

Iklan
Unit kuarters yang dilaporkan terbakar pada petang Selasa. - Foto JBPM

PUTRAJAYA - Sebuah unit kuarters di Presint 9 dekat sini dilaporkan terbakar pada petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, unit yang terletak di aras 10 itu terbakar hampir 10 peratus.

Iklan
Iklan

"Sewaktu tiba di lokasi pada jam 2.29 petang, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati premis berkenaan berada dalam keadaan berkunci dan tiada penghuni semasa kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, PKO kemudiannya bertindak membuka pintu rumah dan mendapati kebakaran melibatkan mesin basuh yang diletakkan di bahagian beranda.

Iklan

Beliau berkata, operasi pemadaman berjaya diselesaikan pada jam 3.37 petang.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Iklan