SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi jaminan barisan kepimpinan yang bakal menerajui Kerajaan Perpaduan kelak akan memberi fokus terhadap masalah rakyat.
Pengerusi PH Johor itu berkata, perkara itu dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada Isnin.