Beberapa kawasan di Dengkil, Klang banjir, satu PPS dibuka

Iklan
Ban pecah menyebabkan Kampung Ampar Tenang, Dengkil banjir.

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 10 kenderaan di kawasan parkir Megah Villa Kota Warisan Sepang ditenggelami air susulan hujan lebat pada Selasa.

Selain itu, beberapa kawasan di Dengkil dan Klang turut mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Iklan
Iklan

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 5 petang dan air mulai surut secara berperingkat di beberapa kawasan.

"Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Taman Delima Jaya, Dengkil membabitkan limpahan air dari seberang jalan ke taman perumahan," katanya pada Selasa.

Iklan
Keadaan di Taman Delima Jaya, Dengkil digenangi air susulan hujan lebat pada Selasa.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan limpahan air di Kampung Ampar Tenang, Dengkil susulan kejadian ban pecah sekitar jam 6 petang.

"Ban pecah susulan hujan lebat dan terdapat limpahan air daripada projek perumahan menyebabkan berlakunya banjir dengan kedalaman 1.2 meter melibatkan sepuluh rumah terjejas.

Iklan

"Semua penghuni terdiri daripada 18 keluarga telah berpindah lebih awal ke tempat selamat. Pihak bomba berada di lokasi bagi pemantauan dan membantu penduduk," katanya.

Beliau berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Seri Gemilang telah dibuka bagi penempatan mangsa terlibat.

Kenderaan di kawasan parkir Megah Villa Kota Warisan Sepang ditenggelami air susulan hujan lebat pada Selasa. Foto: gambar tular.