Tebing Barat kembali tegang, empat penduduk Palestin maut

Iklan
Operasi rutin rejim Zionis di pinggir Hebron, selatan Tebing Barat telah mengundang kemarahan penduduk Palestin. - Foto AFP

RAMALLAH - Tiga penduduk Palestin ditembak mati rejim Zionis selepas ketegangan kembali memuncak di Tebing Barat pada Selasa.

Tentera Israel memaklumkan anggota mereka kononnya menyasarkan 'perusuh' yang bertindak ganas di dua insiden pertempuran berasingan di wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Sementara itu, agensi berita Wafa melaporkan mangsa pertama yang maut ialah Mufid Mahmud Khalil, 44, dari kawasan Beit Ummar manakala dua lagi korban kekejaman Israel di Kafr Ein ialah adik-beradik, Jawad Abdulrahman Rimawi, 22, dan Dhafer Abdulrahmkan Rimawi, 21.

Tentera Israel mendakwa rusuhan ganas itu tercetus ketika 'operasi rutin' di kawasan Kafr Ein.

Iklan

"Kami sedang menilai semula insiden tersebut," jelas jurucakapnya lagi.

Menteri Hal Ehwal Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Hussein al Sheikh menyifatkan kejadian pembunuhan ke atas adik-beradik itu sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan.

Iklan

Di utara Baitulmaqdis, seorang anggota tentera Israel dilaporkan cedera dan dirawat di hospital selepas dia dirempuh yang turut menyaksikan penduduk Palestin yang memandu kereta itu maut ditembak. - AFP