Legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

Iklan
Mohd Hashim

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Legenda bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha, 57, meninggal dunia pada jam 10.25 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada Selasa.

Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Iklan
Iklan

"Urusan pengkebumian akan dilakukan pada esok (Rabu)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan bekas penyerang terbilang Kelantan yang merupakan legenda bola sepak negeri ini Mohd Hashim terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kencing manis.

Iklan
Iklan

Perkhabaran itu dikongsikan oleh menantu kepada bekas penggempur berbisa Kelantan, Mohd Nizab Ayub yang pernah bermain bersama The Red Warriors (TRW) sebelum ini.