Piala Dunia 2022: AS 'curi' slot kalah mati

Iklan
Pulisic (tengah) mengalami kecederaan setelah bertembung dengan penjaga gol Iran selepas meledak jaringan kemenangan dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama awal pagi Rabu. - Foto EPA

GOL tunggal Christian Pulisic sudah cukup buat Amerika Syarikat (AS) untuk mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Iran 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.

Kemenangan dalam aksi di Stadium Al Thumama itu meletakkan AS di tangga kedua Kumpulan B di belakang England yang menewaskan Wales 3-0.

Iklan
Iklan

Ia juga menebus kehampaan AS terhadap musuh lama 24 tahun lalu yang kali terakhir bertembung pada Piala Dunia 1998 di Perancis dengan kemenangan berpihak kepada Iran yang menang 2-1.

Gol kemenangan itu diperoleh Pulisic pada minit ke-38 setelah menyudahkan dengan baik bola hantaran Sergino Dest untuk menewaskan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.

Iklan

AS yang seri dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Wales dan England, akan berdepan finalis tiga kali, Belanda untuk merebut tempat ke suku akhir pada Sabtu.

"Pada separuh masa pertama kami menunjukkan apa yang kami mampu lakukan daripada segi permainan. Ia babak pertama yang amat baik.

Iklan

"Bersambung babak kedua kami menunjukkan keazaman tinggi. Pemain bekerja keras untuk memastikan pasukan tidak tewas," kata pengendali AS, Gregg Berhalter.