'Ia pemberian Tuanku Sultan Johor' - PM

Iklan
Anwar menjawab mengenai kasut miliknya di laman Twitter pada Selasa.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu.

Beliau menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu.

"Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindirian apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.

Pada Ahad, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Iklan

Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.