PRU15: Janji hak milik tanah rasuah pilihan raya - Andansura

Iklan
Andansura Rabu

ROMPIN - Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa tindakan calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain mahu menyelesaikan isu pemilikan tanah yang tertunggak lebih 40 tahun sebagai merasuah pengundi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terutama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung.

Iklan
Iklan

"Jadi rakyat akan berharap dan bergantung penuh harapan apabila selepas PRU kelak isu ini boleh selesaikan. Janji ini adalah untuk meraih undi," katanya pada Rabu.

Pada Selasa, seorang pengguna media sosial Facebook memuat naik beberapa video memaparkan calon BN itu berjanji kepada penduduk yang terlibat untuk menyelesaikan segera isu pemilikan tanah sebelum hari mengundi.

Iklan

Mengulas lanjut, Andansura berharap penduduk di DUN Tioman tidak terpengaruh dengan janji sebegini dan mahu perkara tersebut dihentikan.

Jelasnya, jika benar calon BN boleh menyelesaikan isu pemilikan sebelum 7 Disember, kenapa kerajaan Pahang tidak mengambil pendekatan sama di daerah lain seluruh negeri.

Iklan

"Jangan di DUN Tioman sahaja, hendak selesaikan isu itu sebab pilihan raya. Bila PRU sahaja, masalah lama boleh diselesaikan.

"Boleh selesai terus masalah teknikal atau masalah lain sebab akan dapat undi daripada penduduk yang akan perolehi geran," ujar beliau.

Andansura yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah menyifatkan tindakan berkenaan seperti diskriminasi dan salah guna kuasa.

Justeru, beliau harap kerajaan Pahang menyelesaikan masalah berkenaan secara menyeluruh.

Menurutnya, ADUN daripada PN akan mengumpul semua penduduk yang mengalami masalah sama untuk juga diselesaikan.

"Kita akan gerakan seramai mungkin mereka yang ada masalah begini di kawasan Beserah lebih kurang 300 orang akan dikumpulkan di pejabat tanah.

"Kita tidak mahu ini menjadi satu diskriminasi kerana pilihan raya, sedangkan kawasan lain tidak selesai," tegasnya.