KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menaikkan kuota kapten skuad kebangsaan kepada empat pemain menjelang kejohanan Piala AFF 2022.
FAM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, dua nama yang akan mengisi kuota tersebut ialah ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan dan pemain Terengganu FC, Faisal Halim selain dua kapten semasa iaitu Dion Cools dan Safawi Rasid.
Iklan
Iklan
"Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
"Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya,” katanya.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari hadapan.
Bagi edisi 2020 yang berlangsung di Singapura pada Disember 2021, skuad Harimau Malaya tersingkir seawal peringkat kumpulan, manakala pencapaian terbaik ialah muncul juara edisi 2010.
Artikel Berkaitan