Tony Pua, Bee Yin diarah bayar RM350,000 kepada Mei Fun

Iklan
Mahkamah dapati Tony Pua (tengah) dan Bee Yin (kanan) bertanggungjawab memfitnah Mei Fun (kiri) melalui tiga artikel disiarkan dalam portal berita online The Malay Mail, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau pada tahun 2017.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 kepada bekas Setiausaha Agung MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun selepas didapati memfitnahnya berhubung kelulusan penjualan tanah di Selangor.

Dalam keputusan pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Roslan Abu Bakar memutuskan Pua dan Bee Ying bertanggungjawab memfitnah Mei Fun melalui tiga artikel disiarkan dalam portal berita online The Malay Mail, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau pada tahun 2017.

Iklan
Iklan

Dalam artikel (fitnah) berkenaan, Mei Fun didakwa meluluskan penjualan tanah di Selangor di bawah nilai pasaran ketika beliau berada dalam Jawatankuasa Tanah Daerah.

Dalam penghakimannya, Roslan menyatakan bahawa artikel itu membayangkan seolah-olah Mei Fun selaku ahli parlimen dan ahli MCA, menggunakan kedudukan dan pengaruhnya dalam jawatankuasa untuk membolehkan pembelian tanah itu oleh MCA di bawah nilai pasaran dan menyalahgunakan kuasa serta meletakkan dirinya dalam kedudukan konflik kepentingan.

Iklan

Bagaimanapun Roslan berkata, Mei Fun (plaintif) tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa seperti didakwa oleh defendan dan mahkamah berpuas hati bahawa plaintif berjaya membuktikan semua empat kenyataan dikeluarkan oleh defendan adalah memfitnahnya.

Defendan juga tidak pernah mengesahkan dengan pihak berkaitan atau melalui dokumen sama ada Mei Fun adalah ahli jawatankuasa.

Iklan

"Saya juga berpendapat pembelaan defendan juga gagal kerana tiada bukti menunjukkan mereka mengambil langkah sewajarnya untuk mengumpul maklumat, mengesahkan dan menerbitkan (maklumat) yang adil dan bertanggungjawab," katanya.

Roslan memerintahkan Pua dan Bee Yin masing-masing membayar RM250,000 dan RM150,000 kepada Mei Fun bagi ganti rugi am dan ganti rugi teruk dan turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos berjumlah RM50,000.

Dalam prosiding pada Rabu, Mei Fun diwakili peguam M Rueben manakala peguam Syahredzan Johan mewakili Pua dan Bee Yin.