OUAGADOUGOU - BURKINA FASO. Jurucakap kerajaan Burkina Faso mengesahkan, seorang rakyat Itali dan rakannya dari Kanada yang diculik tahun lalu masih hidup.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa sudah dilarikan ke negara lain.
Iklan
Iklan
Mubaligh dari Itali itu diculik pada September lalu di Niger dan mungkin ditahan di Burkina Faso dalam masa yang singkat, tambah jurucakap berkenaan.
Remis Dandjinou membuat kenyataan itu di stesen televisyen Rai berhubung situasi tebusan dalam temu bual yang disiarkan pada Jumaat lalu.
Beliau memaklumkan, Luca Tacchetto, 30 dan warga Kanada berusia 34 tahun, Edith Blais tiada lagi di Burkina Faso.
Ketika mengulangi kenyataan berhubung penculikan itu, Dandjinou menambah:"Apa yang penting adalah tiada pembunuhan, jika tidak pasti kita sudah menemui mayat.”
Pada Januari lalu, seorang ahli geologi Kanada diculik dari sebuah lombong di barat laut Burkina Faso dan mayatnya ditemui mati pada hari berikutnya. - AFP