Pelangi senja

Iklan

Pelangi senja jelas kelihatan selepas hujan turun di beberapa kawasan di Labuan ketika tinjauan cuaca di Kampung Bukit Kuda hari ini.

Fenomena pembentukan pelangi berlaku disebabkan pantulan, pembiasan dan belauan sinar matahari apabila bertemu dengan titisan hujan.

Iklan
Iklan

Proses ini merupakan spektrum berwarna yang melengkung kelihatan di langit, terbentuk apabila matahari memancarkan cahaya semasa atau sejurus selepas hujan.

Cuaca hujan dan ribut petir berlaku hampir setiap petang hingga malam sepanjang minggu di pulau bebas cukai itu.

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawangnya melaporkan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku berikutan Monsun Timur Laut yang bermula pada Nov 2022 dan akan berakhir pada Mac 2023.

Keadaan ini boleh menyebabkan kejadian banjir dan orang ramai terutama penduduk yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Iklan