Bertanggungjawab dengan apa yang disebar, jangan reka cerita

Iklan
Marwan Bukhari

SHAH ALAM - Orang ramai harus bertanggungjawab dengan apa yang disebarkan menerusi media sosial bagi mengelak salah faham berpanjangan.

Penulis dan Penterjemah, Marwan Bukhari A Hamid berkata, dalam dunia tanpa sempadan, pengguna media sosial perlu memastikan setiap maklumat yang hendak disebarkan mempunyai fakta yang betul dan bukan direka.

Iklan
Iklan

"Ada perkara yang perlu diperhalusi iaitu maklumat yang diberikan itu perlu tepat menerusi sumber yang dipercayai.

"Kadang-kadang banyak kita tengok fakta-fakta yang dikeluarkan di media sosial berkaitan kerajaan hari ini dan sebagainya direka seolah-olah mahu menjayakan agenda tertentu,” katanya dalam Kompas Rasuah Busters 'Awas perangkap hasutan' yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Turut menjadi panelis, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, UIAM, Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri dengan program dihoskan oleh Fatin Hamimah Yusof.

Tambahnya, paling penting jangan menyebarkan sesuatu hingga membelakangkan kebenaran.

Iklan

"Penglibatan masyarakat yang ingin berkongsi maklumat di media sosial adalah bagus namun pada masa yang sama jangan terlalu emosi hingga mengabaikan aspek kebenaran maklumat yang disampaikan,” katanya

Jelasnya, emosi kalau digunakan pada jalan yang betul akan memberikan impak yang positif.

"Contoh kita sayang bangsa kita dari sudut apa, bila kita sayang sepatutnya kita bangkang dan pastikan bangsa kita itu tidak buat salah sebab kesalahan yang dilakukan memberi kesan kapada kita semua.

"Kita perlu rasional dan ianya boleh minimumkan implikasi negatif,” katanya

Katanya lagi, dalam konteks ini, Ibu bapa dan guru perlu mengambil peranan dalam memberi penerangan kepada remaja supaya tidak terkeliru dengan propaganda dan dakyah pihak tertentu yang mahu menjayakan agenda mereka.

"Jangan ambil tindakan melulu yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan masyarakat ini termasuk kaedah melabel lawan politik dengan sentimen perkauman, ejen asing dan sebagainya,” ujarnya.

Marwan berkata, jika keadaan mendesak laporan kepada pihak berkuasa boleh dibuat kerana itu cara terbaik bagi mencegah usaha jahat memecahkan-belahkan masyarakat menerusi maklumat tidak betul.