Sekejap ada telur, sekejap tak ada telur

Iklan
Kadar baharu pemberian subsidi telur ayam adalah 8 sen sebiji kepada peladang. - Foto Bernama

AWAL tahun ini, kita berdepan dengan masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran sehingga peniaga terpaksa buat catuan pembelian.

Bila stok kurang, harga telur pun melambung.

Iklan
Iklan

Bila harga telur naik, harga makanan berasaskan telur turut naik. Peniaga dan penjual sakit kepala, pembeli pula sakit poket nak berbelanja.

Merak Jalanan juga pening kepala bila nak beli telur di kedai. Tauke cakap, bekalan tak cukup dan kalau stok sampai pun cepat habis dijual.

Iklan

Katanya, punca kekurangan bekalan disebabkan pemain industri mengalami masalah pengeluaran kerana impak pandemik Covid-19, sebab itu telur kurang di pasaran.

Kerajaan melalui KPDNHEP dan MAFI telah bermesyuarat dengan pemain-pemain industri untuk menyelesaikan isu bekalan telur ayam ini.

Iklan

Selepas sesi perbincangan dan sesi mesyuarat, akhirnya pada pertengahan tahun ini, masalah kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan. Bila bekalan sudah cukup, harga telur pun kembali stabil.

Tapi sejak beberapa bulan lepas, isu kekurangan bekalan telur berlaku lagi.

Sudahlah bekalan kurang, harga pula melambung tinggi. Merak Jalanan sendiri terkejut kerana pernah beli telur ayam di kedai dengan harga mencecah RM18 sepapan.

Masalah telur ini berlarutan sampailah selepas minggu lalu.

Tapi yang peliknya, bila habis PRU15, tiba-tiba bekalan ‘muncul’ dengan banyak semula di pasaran. Tapi harganya tetap mahal.

Maka Merak Jalanan tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang kawal bekalan telur ini? Kerajaan atau pemain industri?

Ada jugalah dakwaan wujud kartel telur ayam yang menguasai pasaran sampai kerajaan pun tak boleh nak kawal.

Kalau betullah dakwaan itu, Merak Jalanan gesa kerajaan supaya selesaikan ini segera supaya tidak lagi menyusahkan rakyat.

Jangan biarkan kumpulan kartel bermain taktik licik untuk dapat untung besar.