JUARA dua kali, Argentina enggan memandang sebelah mata cabaran Australia dalam saingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 hujung minggu ini.
Jurulatihnya, Lionel Scaloni berkata, pasukannya pernah berdepan situasi mengejutkan apabila tewas kepada Arab Saudi pada aksi pertama Kumpulan C.
Argentina bagaimanapun bangkit mengalahkan Mexico dan Poland 2-0 bagi mendahului kumpulan dan akan menentang Socceroos dalam kelompok 16 terakhir.
"Mereka semuanya sukar, kami sudah melihatnya ketika berdepan Arab Saudi.
Scaloni mengakui dia bersama staf belakang tabir sudah mengkaji corak permainan Australia dan akan melakukan yang terbaik pada aksi tersebut.
"Kami perlu membuat analisis terhadap pasukan lawan dan perlu memikirkan bagaimana untuk melukakan mereka," katanya.
Scaloni juga menempelak penganjur ketika Argentina akan bermain aksi 16 terakhir pada Sabtu yang memberikan rehat hanya dua hari.
"Kami gembira hari ini (Khamis) tetapi saya tidak mahu keterlaluan kerana fikir bahawa ia sesuatu yang gila kerana akan bermain dalam hanya dua hari selepas menjadi juara kumpulan ini," katanya.