Empat cadangan elak rasuah dalam proses tender terbuka

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian siaran Rabu. Gambar kecil: Dr Zaharuddin

SHAH ALAM - Beberapa cadangan boleh dilaksanakan bagi mengelak wujudnya peluang rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak yang terlibat dengan perolehan tender terbuka kerajaan.

Cadangan tersebut adalah memastikan setiap borang pembidaan tidak dibuka oleh mana-mana pegawai sehingga tarikh pembidaan ditutup dan mengelakkan jawatankuasa teknikal yang tidak begitu mahir dengan aspek teknikal dengan mengupah konsultan luar.

Iklan
Iklan

Selain itu, pihak terlibat perlu memastikan jawatankuasa harga melakukan semakan harga dengan cekap serta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas apabila melibatkan tender Request For Proposal (RFP) dan rundingan terus kepada pembekal bagi mengelak disalahguna oleh institusi.

Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga Pengasas Elzar Group & Myclazz.com berkata, tender terbuka memang lebih baik bagi mengekang peluang salah guna kuasa, namun ia bukan jaminan ketirisan dan rasuah tidak berlaku.

Iklan

"Kerajaan harus pastikan borang pembidaan tidak boleh diubah kandungannya selepas dihantar. Ini perlukan kawalan dan SOP yang ketat.

"Jika gagal, kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat dan seterusnya mungkin ada ahli jawatankuasa yang menghubungi pembida dan membocorkan harga pembida lain bagi memastikan pembida yang berkait dengannya atau ada komisen mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, wujud beberapa klausa pengecualian tender terbuka kebiasaannya untuk kes kemahiran unik, kecemasan dan kesegeraan.

"Di sini masih boleh wujud masalah (rasuah) kerana dibenarkan untuk rundingan terus atau RFP.

"Sekiranya melibatkan RFP dan rundingan terus kepada pembekal disebabkan kemahiran unik atau kesegeraan, satu SOP jelas mesti disediakan bagi mengelak disalahgunakan oleh institusi.

"SOP dengan semakan beberapa lapisan memang bagus namun ia turut boleh melambatkan proses, justeru satu kaedah semakan yang efisien dan berkualiti mesti dilaksana dengan bantuan pakar luar sekali lagi,” katanya.