Legenda bola sepak Brazil Pele dimasukkan semula ke hospital

Iklan
Legenda bola sepak Brazil Pele dimasukkan semula ke hospital di Sao Paulo. - Foto AFP

LEGENDA bola sepak Brazil Pele dimasukkan semula ke hospital di Sao Paulo, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan anak perempuannya pada Rabu.

"Hai, kawan-kawan. Pelbagai laporan di media mengenai kesihatan ayah saya. Beliau berada di hospital untuk menjalani rawatan susulan.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang situasi yang mencemaskan atau membahayakan nyawa. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baharu dan berjanji untuk menyiarkan beberapa foto. Benar-benar menghargai keprihatinan dan kasih sayang semua!!" kata Kely Nascimento menerusi hantaran di Instagram.

Bekas bintang bola sepak berusia 82 tahun itu menjalani pembedahan kanser kolon pada September 2021 dan telah keluar masuk hospital sejak itu.

Iklan

Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele merangkul tiga kejuaraan Piala Dunia FIFA bersama pasukan kebangsaan Brazil pada 1958, 1962, dan 1970.

Beliau adalah penjaring terbanyak Brazil, dengan 77 gol bagi 92 perlawanan untuk negaranya. - Bernama

Iklan