RM26 juta diagih program bantuan sekolah di Selangor

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Hampir RM26 juta diagih kepada 742 buah sekolah menerusi program bantuan di negeri Selangor pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daerah paling banyak menerima manfaat ialah Petaling iaitu 222 sekolah dengan peruntukan RM7.04 juta diikuti 134 sekolah di Klang (RM6.18 juta), 102 sekolah di Hulu Langat (RM3.9 juta) dan 68 sekolah di Kuala Selangor (RM1.99 juta).

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Besar, turut menerima bantuan ialah 65 sekolah di daerah Gombak (RM1.79 juta), 49 sekolah di Kuala Langat (RM1.74 juta), 39 sekolah di Hulu Selangor (RM1.19 juta), 35 sekolah di Sepang (RM1.32 juta) dan 28 sekolah di Sabak Bernam (RM856,000).

"Secara keseluruhan, 742 sekolah membabitkan RM25.819 juta untuk bantuan telah disalurkan pada tahun ini,” katanya menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (Pandamaran-DAP) berhubung jumlah sekolah yang memohon bantuan dan peruntukan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Menteri Besar turut memaklumkan bantuan sekolah turut diserahkan menerusi beberapa siri Jelajah Selangor Penyayang yang bermula 19 Jun lalu di Hulu Langat hingga 30 Oktober di Sepang.

"Sebanyak 225 buah sekolah melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Mubaligh juga menerima bantuan menerusi program penyerahan bantuan sekolah pada 17 Oktober lalu.

Iklan

"Bagi kategori Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Kebangsaan serta Sekolah Menengah Kebangsaan pula, sebanyak 501 menerima bantuan yang diadakan pada 21 November lalu,” katanya.