Penswastaan JKR masih di peringkat cadangan

Iklan
Mohd Anuar memberikan kata-kata semangat kepada peserta yang mengambil bahagian dalam larian tersebut di Dataran Star Mall, Mentakab, hari ini.

TEMERLOH - Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir menegaskan usaha bagi penswastaan Jabatan Kerja Raya (JKR) masih di peringkat cadangan awal.

Ini berikutan penularan dokumen memorandum bantahan untuk menswastakan agensi terbabit di laman sosial Facebook baru-baru ini hingga pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini tidak ada keputusan yang dibuat bagi melaksanakan cadangan tersebut.

"Itu hanya satu cadangan untuk melihat pro dan kontra dan belum sampai kepada sebarang keputusan.

Iklan

"Keputusan akan dibuat oleh Kabinet jadi ia hanya perbincangan, Malaysia ini negara viral benda yang belum matang pun sudah diviralkan," katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran Larian Patin di Dataran Star Mall, di sini, hari ini.

Seramai 1,600 peserta dari pelbagai peringkat latar belakang dan kaum menyertai larian sejauh lima kilometer (km) yang julung kalinya diadakan di daerah ini.

Iklan