Baucar RM1,000 kepada pembeli Rumah Mampu Milik Johor

Iklan
Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI- Kerajaan Johor menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) memperuntukkan RM2 juta bagi inisiatif pemberian baucar RM1,000 kepada pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penyediaan rumah kepada golongan B40 dan M40 menjadi tumpuan kerajaan negeri dalam memastikan impian setiap Bangsa Johor memiliki rumah menjadi kenyataan.

Iklan
Iklan

Katanya, sebanyak 21,139 unit rumah RMMJ disasarkan akan dibina di seluruh negeri pada dalam tempoh lima tahun, menerusi kerjasama strategik dengan pemaju-pemaju hartanah.

"Pada tahun hadapan, sejumlah 1,967 unit rumah dijangka siap melibatkan Daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Kulai dan Tangkak.

Iklan

"Seterusnya RM 30 juta diperuntukkan bagi pembangunan 216 unit Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di daerah Mersing melalui kerjasama PKPJ, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) dan Yayasan Sultan Ibrahim," katanya pada Pembentangan Bajet Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap berkata, kerajaan Johor juga mempertimbangkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Pelbagai Agama Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM50,000.

Iklan

"Jawatankuasa ini akan menjadi platform perbincangan dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mengharmonikan perpaduan Bangsa Johor.

"Menyedari kepentingan untuk mengekalkan perpaduan di Johor, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan penubuhan jawatankuasa.

"Selain penubuhan itu, di bawah strategi ini turut memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk menganjurkan program di bawah Duta Perpaduan Johor (DPJ)," katanya.