Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

Iklan
Keadaan pacuan empat roda dipandu mangsa yang terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di jambatan Kampung Bukit Perpat, Wakaf Tapai pada Khamis. - Foto Bernama

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung Bukit Perpat, Wakaf Tapai dekat sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.19 pagi dan mangsa Zaiton Omar, 64, yang tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan dari kenderaan jenis Toyota Hilux itu oleh orang kampung.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang memandu seorang diri telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Pengkalan Berangan yang sampai ke lokasi kejadian," katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

"Arwah (Zaiton) baru ambil pisang di rumah saya di Kampung Bukit Perpat... kemudian saya dapat panggilan masuk daripada nombor telefon dia dalam pukul 11.05 pagi, tapi orang lain yang cakap beritahu kereta Hilux jatuh ke dalam sungai.

Iklan
Zaiton dalam perjalanan ke gerai pisang gorengnya di Gong Beris, berjaya dikeluarkan orang kampung dari kenderaan. - Foto Bernama

"Masa saya sampai di tempat kejadian, orang dah bawa keluar mayat mangsa. Rutin dia setiap hari beli pisang, ubi, cendawan seorang diri tanpa ditemani suaminya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rafiyuddin berkata, ibu angkatnya yang berasal dari Kampung Lubuk Pandan dekat sini, mempunyai seorang anak perempuan yang bertugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan. - Bernama

Iklan