KUALA LUMPUR - Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Khamis mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Kunjungan julung kali sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas, turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pengarah PDRM.