Presiden Sudan ucap tahniah kepada Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Presiden Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Khamis mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas anda serta memimpin rakyat Malaysia ke arah pembangunan dan kemakmuran yang berterusan," kata beliau dalam perutusan tahniahnya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Presiden Sudan itu juga menzahirkan penghargaannya atas ikatan persahabatan yang kukuh dan jalinan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara.

Beliau juga menyatakan kesungguhan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala bagi mencapai kepentingan dan aspirasi rakyat kedua-dua negara.

Iklan

Perutusan tahniah itu disampaikan Kedutaan Sudan di Malaysia kepada Bernama.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November. - Bernama

Iklan